RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
TAHUN : DUA DYNAMIC
JUMLAH MURID : 26 ORANG
TEMA
|
SIHAT DAN CERDAS
|
TAJUK
|
JAGALAH KEBERSIHAN
|
MASA
|
60 MINIT
|
FOKUS UTAMA
|
Standard Kandungan
|
2.3
|
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
|
Standard Pembelajaran
|
2.3.1
|
Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan
yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda.
|
|
FOKUS SAMPINGAN
|
Standard Kandungan
|
3.2
|
Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi
dengan betul dan kemas.
|
Standard Pembelajaran
|
3.2.4
|
Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang
mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i.
Membaca ayat penyata yang
terdapat dalam teks.
ii.
Menulis perkataan yang
mengandungi dua atau lebih suku kata
dan frasa yang mengandungi perkataan dua suku kata atau lebih dalam buku
tulis dengan betul.
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
i. Ilmu : Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral
ii. Nilai : Kebersihan, rajin
iii.
KBT :
Kreaviti dan inovasi
|
SISTEM BAHASA
|
Kata kerja tunggal
|
MEDIA
|
Poster, lirik lagu, gambar dan
lembaran kerja
|
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
|
PENGISIAN
KURIKULUM
|
CATATAN
|
Set Induksi
1. Guru mengedarkan lirik lagu cara-cara membasuh tangan.
2. Guru mempertontonkan video iklan
sabun lifebuoy.
3. Murid menonton sambil menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.
4. Guru bertanya kepada murid secara rawak :
‘Apakah tajuk
yang sesuai untuk lagu yang kamu nyanyikan tadi?’
5. Murid meneka tajuk yang sesuai.
6. Guru memberitahu tajuk yang akan mereka belajar pada hari ini.
|
KBT
KB-mengenal pasti
|
Lampiran 1
Lirik lagu
Video iklan
|
Langkah 1
1. Murid ditunjukkan poster cara-cara membasuh tangan yang betul.
2. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membaca
langkah-langkah membasuh tangan yang terdapat pada poster tersebut.
3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai poster yang tertera.
Contoh soalan yang boleh dibincangkan :
-
Bagaimanakah kamu membasuh
tangan?
-
Adakah kamu membasuh tangan
menggunakan sabun ?
-
Air yang bagaimanakah yang
kamu gunakan ketika membasuh tangan?
4. Murid diminta menunjuk cara-cara membasuh tangan yang betul,
mengikut langkah yang betul seperti yang tertera di dalam poster .
|
KB
-menghubungkaitkan
-menjana idea
|
Lampiran 2 Poster
|
Langkah 2
1. Guru meminta seorang murid membaca petikan daripada buku teks.
2. Guru menerangkan konsep dan
contoh ayat penyata yang terdapat dalam teks.
3. Murid membaca ayat-ayat penyata yang terdapat dalam teks.
4. Guru dan murid berbincang tentang ayat penyata yang dibaca. Contoh
perkara yang boleh dibincangkan.
-
Tanda bacaan yang ada di
pengakhiran setiap ayat.
-
Penggunaan huruf besar dalam
permulaan ayat.
|
KB
-menghubungkaitkan
|
Lampiran 3 Buku Teks
m/s 21
|
Langkah 3
1.
Murid menyenaraikan
perkataan-perkataan yang berwarna dalam buku teks
2.
Guru menjelaskan tentang apa
yang dimaksudkan dengan suku kata dan frasa serta perbezaan antara keduanya menggunakan
perkataan-perkataan berwarna yang disalin oleh murid.
3.
Murid memberi contoh-contoh
perkataan lain di dalam teks yang menunjukkan suku kata atau frasa.
4.
Murid menulis perkataan yang
mengandungi dua suku kata atau lebih dan frasa yang mengandungi perkataan dua
suku kata atau lebih daripada contoh ayat dalam buku teks.
|
KB
-mentafsir
|
Lampiran 3 Buku teks
m/s 21
Lampiran 4
Senarai perbezaan suku kata dan frasa
|
Pentaksiran
1. Setiap murid diminta membaca ayat penyata yang terdapat dalam
teks.
2. Guru menilai ketepatan ayat penyata yang dibaca.
3. Murid melengkapkan ayat penyata menggunakan frasa yang sesuai.
|
KB
-mensintesis
|
Lampiran 5
Senarai ayat penyata
Lampiran 6
Lembaran kerja
|
Pemulihan
1. Murid membaca ayat-ayat penyata yang diberi.
2. Murid menyalin ayat penyata tersebut dalam buku tulis dengan betul
dan kemas.
|
|
Lampiran 7
|
Pengayaan
1.
Murid membina ayat penyata
berdasarkan frasa yang diberi.
|
KB
-menghubungkaitkan
|
Lampiran 8
|
No comments:
Post a Comment