Wednesday 16 May 2012

MARI BACA





Cuci Tangan Dahulu

Ibu mengajak Nani dan adiknya minum petang.
        “Nani, adik di mana ?” tanya ibu.
        “Adik di ruang tamu. Ibu, hendak saya panggilkan
adik ?”
“Ya, ajak adik minum petang. Cuci tangan dahulu,” kata ibu.
Nani pun mengajak adiknya mencuci tangan. Nani mengajar adik mencuci tangan dengan betul. Mereka mencuci tangan agar bersih. Ibu Nani gembira apabila melihat mereka mencuci tangan dengan betul.






Lampiran 4
Senaraikan perkataan-perkataan berwarna dalam buku teks mengikut kategori yang betul.

minum petang
dahulu
mengajar adik
mencuci tangan
gembira
bersih



SUKU KATA

FRASA

1.

1.

2.

2.

3.

3.



Lampiran 5
Baca dan pilih ayat penyata daripada ayat-ayat yang diberi.

i.    Apakah yang diambil oleh Nani ?
ii.   Nani mengambil sabun pencuci tangan.
iii.   Mula-mula, basahkan tangan dengan air dan sabun.
iv.  Nani mengajar adiknya mencuci tangan.
v.  Mereka mencuci tangan agar bersih.
vi.  Selepas itu, gosok telapak tangan dengan jari.
vii.  Ibu gembira melihat Nani mencuci tangan dengan betul.
viii. Ibu mengajak Nani dan adiknya minum petang.
ix.   Ibu mengajak Nani minum petang.
x.    Bagaimanakah cara-cara membasuh tangan yang betul ?
xi.   Wah, bersihnya baju kamu!.
xii.  Adam, tolong ibu simpankan baju ini ke dalam almari.
xiii. Adam menyimpan bajunya ke dalam almari.


Lampiran 6

Lengkapkan ayat penyata di bawah menggunakan frasa atau suku kata yang diberi.

habuk
membasuh
memakai baju
menyidai tuala
  memasukkan baju kotor
gigi

1.   Adam ________________ tangan menggunakan air bersih.

2.   Mei Ling menggosok ___________ dua kali sehari.

3.   Setiap murid perlu ___________________________
bersih.

4.   Raju _____________________________ selepas digunakan.

5.   Amir membuang _______________ di atas meja tulis.


6.   Nani _________________________________ ke dalam bakul.


Lampiran 7
Pemulihan

Baca ayat penyata di bawah, kemudian salin semula ayat penyata tersebut di dalam buku tulis dengan betul dan kemas.
 
     1.   Adam mengajar adiknya membasuh tangan .

     2.   Mei Ling menggosok gigi dua kali sehari.

     3.   Setiap murid perlu memakai pakaian bersih.

     4.   Raju menyidai tuala mandinya selepas digunakan.

     5.   Amir membuang habuk di atas meja tulis.

     6.   Nani memasukkan baju kotor ke dalam bakul.
 

Lampiran 8
Pengayaan

Bina ayat penyata daripada frasa yang diberi di bawah.

  membasuh tangan
   1.   ________________________________________________

  menggosok gigi
   2.   ________________________________________________

  memakai pakaian
   3.   ________________________________________________

  menyidai tuala
   4.   ________________________________________________

  membuang habuk
   5.   ________________________________________________

No comments:

Post a Comment